Rabu, 14 Disember 2016

TGA @ JANTUNG SONGSANG

Assalamualaikum semua 


Hari ni nak berkongsi pengalaman berkenaan masalah kesihatan anak ke dua..NAQIB HAKIMI..dari lahir dah di sahkan menghidap sakit JANTUNG SONGSANG @ transposition of the great arteries (TGA)..ni bahasa perubatan la kan..


Ramai yang Tanya saya.."masa pregnant tak kan tak perasan anak dah sakit jantung??.."cek gomen memang tak dapat kesan ye???"..macam2 lagi soalan..Dan pasti..saya bertanya pada doktor..ingat lagi nama doktor tu..doktor SIVA..
Mudah dan ringkas je doktor cakap.."KUASA TUHAN..tak dA siapa dapat menghalang"


Berbalik pada masalah sakit jantung Naqib..masalah jantung Naqib tergolong dalam kategori ini menyebabkan naqib menjadi biru selepas lahir kerana tahap oksigen di dalam darahnya rendah.
[ TGA berlaku apabila saluran darah yang sepatutnya bersambung dengan bilik kiri (jantung) kini bersambung kepada bilik kanan (jantung) dan sebaliknya. Ini menyebabkan darah dari paru-paru tidak dapat sampai ke badan, manakala darah dari badan tidak dapat sampai ke paru-paru ]


Naqib lahir2 memang dah bertiub di mulut.masalah jantung Naqib ni memerlukan rawatan segera kerana tanpa rawatan ia boleh membawa maut.
Rawatan pertama naqib menggunakan ubat prostaglandin atau prosedur balloon atrial septostomy.


Rawatan awal ini disusuli dengan pembedahan jantung terbuka yang mana saluran darah akan dicantumkan semula ke bilik yang betul.


Pembedahan yang mengambil masa hampir sehari.Penantian yang penuh debaran..Alhamdulillah..sekarang pun sihat..


Moga perkonsian saya bermanfaat pada anda yang punya anak bermasalah seperti saya.1 pesan saya untuk yang mengalami masalah anak seperyi Naqib..MENANGIS ITU HARUS..TAPI LEBIH BAIK KIRANYA DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK ANAK..kuatkan hati..insyaAllah..pasti ALLAH membantu..bukan kah 1 dugaan ITU bermakna ALLAH mahu kita ingat padaNya


Dan sebab Naqib..kini amalan menjaga  
KESIHATAN menjadi keutamaan saya sekeluarga..

Sekarang naqib pun dah 3 tahun dah.Dah makin aktif & lasak.Dah pandai cakap dah.Alhamdulillah.Asbab dugaan ni.Macam2 yang kami sekeluarga belajar.


Berlajar tentang betapa pentingnya jaga kesihatan setiap hari. =)

Semog perkongsian ni dapat membantu amda yang mengalami masalah yang sama macam naqib.


7 ulasan:

  1. Boleh saya tahu total cost pembedahan yang dijalan kan? Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kos dalam 60K utk pembedahan shj belum msk stabilization cost total dalam 130K..maaf blog owner sy tolong blskn sbb ank sy pon pesakit TGA

      Padam
  2. Ade dapat bantuan ke dari baitulmal atau jkm..ke kos paren yg tanggung

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kakitgn kraj pakaki surat GL, tp kwn2 sy guna kwsp..

      Padam
  3. alhamdulillah..anak sy pun dh setahun mjalani pbedahan krn TGA di IJN,doc pun sama...Dr Siva..

    BalasPadam
  4. salam. ank akan dlahirkan mgkin lpas raya thun 2021 ni. smasa buat detail scan ank sya dsahkan ada TGA DAN VSD. boleh sya dpt kan nsihat dan cdangan dri family yg dh alami smua ni utk sya prpare apa yg ptut. jika xda msalah bleh pm sya di no 0176663458. tq

    BalasPadam
  5. salam. ank akan dlahirkan mgkin lpas raya thun 2021 ni. smasa buat detail scan ank sya dsahkan ada TGA DAN VSD. boleh sya dpt kan nsihat dan cdangan dri family yg dh alami smua ni utk sya prpare apa yg ptut. jika xda msalah bleh pm sya di no 0176663458. tq

    BalasPadam