Rabu, 14 Disember 2016

TGA @ JANTUNG SONGSANG

Assalamualaikum semua 


Hari ni nak berkongsi pengalaman berkenaan masalah kesihatan anak ke dua..NAQIB HAKIMI..dari lahir dah di sahkan menghidap sakit JANTUNG SONGSANG @ transposition of the great arteries (TGA)..ni bahasa perubatan la kan..


Ramai yang Tanya saya.."masa pregnant tak kan tak perasan anak dah sakit jantung??.."cek gomen memang tak dapat kesan ye???"..macam2 lagi soalan..Dan pasti..saya bertanya pada doktor..ingat lagi nama doktor tu..doktor SIVA..
Mudah dan ringkas je doktor cakap.."KUASA TUHAN..tak dA siapa dapat menghalang"


Berbalik pada masalah sakit jantung Naqib..masalah jantung Naqib tergolong dalam kategori ini menyebabkan naqib menjadi biru selepas lahir kerana tahap oksigen di dalam darahnya rendah.
[ TGA berlaku apabila saluran darah yang sepatutnya bersambung dengan bilik kiri (jantung) kini bersambung kepada bilik kanan (jantung) dan sebaliknya. Ini menyebabkan darah dari paru-paru tidak dapat sampai ke badan, manakala darah dari badan tidak dapat sampai ke paru-paru ]


Naqib lahir2 memang dah bertiub di mulut.masalah jantung Naqib ni memerlukan rawatan segera kerana tanpa rawatan ia boleh membawa maut.
Rawatan pertama naqib menggunakan ubat prostaglandin atau prosedur balloon atrial septostomy.


Rawatan awal ini disusuli dengan pembedahan jantung terbuka yang mana saluran darah akan dicantumkan semula ke bilik yang betul.


Pembedahan yang mengambil masa hampir sehari.Penantian yang penuh debaran..Alhamdulillah..sekarang pun sihat..


Moga perkonsian saya bermanfaat pada anda yang punya anak bermasalah seperti saya.1 pesan saya untuk yang mengalami masalah anak seperyi Naqib..MENANGIS ITU HARUS..TAPI LEBIH BAIK KIRANYA DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK ANAK..kuatkan hati..insyaAllah..pasti ALLAH membantu..bukan kah 1 dugaan ITU bermakna ALLAH mahu kita ingat padaNya


Dan sebab Naqib..kini amalan menjaga  
KESIHATAN menjadi keutamaan saya sekeluarga..

Sekarang naqib pun dah 3 tahun dah.Dah makin aktif & lasak.Dah pandai cakap dah.Alhamdulillah.Asbab dugaan ni.Macam2 yang kami sekeluarga belajar.


Berlajar tentang betapa pentingnya jaga kesihatan setiap hari. =)

Semog perkongsian ni dapat membantu amda yang mengalami masalah yang sama macam naqib.